Thursday, December 9, 2010

Sejarah Penubuhan Sekolah


Penubuhan sekolah ini adalah atas desakan ibu bapa yang tinggal di daerah Kota Tinggi yang berminat agar anak-anak mereka mempelajari Bahasa Arab dan memahami Al-Quran. Maka satu perjumpaan dan penubuhan sekolah telah diadakan pada 16 Oktober 1982 bersamaan 27 Disember 1402 Hijrah atas inisiatif Tuan Haji Mohd Tahir Bin Dato’ Shamsudin pada masa itu beliau bertugas sebagai Tuan Kadi daerah Kota Tinggi(sekarang beliau adalah Mufti di Jabatan Agama Negeri Johor). Bertitik tolak daripada perjumpaan tersebut satu organisasi Jawatankuasa penaja telah dilantik sebagai pengerusi yang pertama bersama Ahli Jawatankuasa yang lain sepertimana berikut:

Pengerusi :Tn Hj Mohd Tahrir Bin Dato’ Haji Shamsuddin(Kadi  Daerah Kota Tinggi)
Naib Pengerusi :Tn Syed Ahmad Bin Abdullah(Pengarah Pelajaran Agama Johor)
Setiausaha :En Ibrahim Bin Yaakob(Guru Sek Agama(pagi)Bandar Kota Tinggi
Bendahari  :Tn Sy Abu Bakar Bin Hood(Guru Besar Sek Ren Laksamana Kota Tinggi)

Ahli Jawatankuasa         


·     En Yaakob Bin Ludu                      -Pengelola Sekolah Agama Johor
·     En Abu Bakar Bin Sakak                -Guru Besar Sek Agama Bandar Kota Tinggi
·     Tuan Haji Zainal Bin Duamil            -Guru Besar Sek Agama Bandar
·     En Abd Rahman Bin Anon              -Guru Besar Sek Bukit Lintang
·     Sh Hassan Bin Kassim                    -Bekas kadi Daerah Kota Tinggi
·     En Yusof Bin Abd Hadi                  -Bekas Kadi Daerah Kota Tinggi
·     En Abd Latif Bin Ali                       -Guru Besar Sek Agama Pasak
·     En Ayob Bin Sani                           -Guru Besar Sek Agama Felda Air Tawar 2
·     En Abd Halim Bin Hamid                -Guru Besar Sek Agama Bandar
·     Puan Hjh Zaliha                              -Guru Agama Kanan Sek Agama Bandar
·     Tuan Hj Omar Bin Ibrahim              -Bekas Imam Masjid Jamek Bandar
·     Tuan Hj Hashim Bin Ibrahim           -Bekas guru Besar Bukit Lintang
·     En Rabani Bin Sujak                       -Penghulu Mukim Bandar Kota Tinggi

Dalam mesyuarat jawatankuasa kali pertama pada 6 November 1982 telah melantik Tuan Sheikh Mohammad Tahir selaku Naib Pengerusi tempat yang dikosongkan oleh Tuan Syed Ahmad Bin Abdullah.
Pada awalnya sekolah ini menumpang di Sekolah Agama Bandar dan mula beroperasi pada 2 Januari 1983 Guru Besar yang pertama ialah En Abu Bakar Bin Sakak dengan jumlah pelajar seramai  55 orang dan tenaga pengajar seramai 5 orang iaitu:

·         Ustaz Saidin Bin Taib
·         Cikgu Abd Razak Bin Ismail
·         Cikgu Siraj Bin Patmo
·         Cikgu Norisah Bte Md Noh
·         Cikgu Abd Jalil Bin Awang

Pada 1 Januari 1987, pelajar-pelajar Sekolah Arab kota Tinggi telah berpindah ke bangunan sebelah masjid  Jamek Bandar Kota Tinggi iaitu lima buah kelas sahaja. Pengetua asal telah berpindah ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Kluang dan jawatan pengetua telah dipangku oleh cikgu Syed Abu Bakar Bin Syed Hood.
Pada pertengahan Mei 1995, pihak pengurusan jawatankuasa tadbir sekolah telah membina yang sedia ada sekarang ini dengan tujuan supaya para pelajar dapat menuntu ilmu dengan keadaan yang lebih selesa.
Tapak tanah seluas 3.368 ekar di atas lot PTB 2103 di Jalan Anggor, Taman Kota Jaya yang menjadi tapak sekolah ini telah dirasmikan pada 12 Mac 1991 oleh YB En Anuar Bin Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia waktu ketika itu. Sekolah ini telah terbina dengan berkat usaha ahli jawatankuasanya yang berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM 550,000.00 dari YB En Anuar Bin Ibrahim. Selain itu wakil rakyat kawasan Kota Tinggi YBM Dato’ Syed Hamid Bin Albar juga telah memberi sumbangan sebanyak RM 250,000.00 serta para dermawan, usahawan dan orang perseorangan yang bermurah hati untuk menyumbangkan kepada pembinaan bangunan tiga tingkat Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi. Dengan bantuan kewangan yang diperolehi pembinaan ini telah dimulakan sehingga selesai.
Pada 19 Jun 1995 merupakan hari pertama bagi pelajar-pelajar Sekolah Arab mula belajar di bangunan baru dan sekolah baru yang terletak di Taman Kota Jaya hinggalah ke hari ini. Seterusnya pada tahun 1996 dua buah bangunan rumah guru mengandungi 4 unit siap dibina di kawasan sekolah. Pada tahun 1997 pula bangunan asrama dua tingkat telah dibina bagi kemudahan pelajar yang tinggal di luar daerah Kota Tinggi.
Kelas-kelas tingkatan 1,2,3 dan 4 untuk bahagian akademik dan bahagian arab tahun 1,2,3 dan 4 Thanawi 1. Mulai tahun1999, sekolah ini mewujudkan tingkatan 5 Thanawi 2 atas permintaan Ahli Jawatankuasa sehingga sekarang. Pada tahun 2001, bahagian pendidikan Jabatan Agama Johor telah melakukan usaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan meminda secara berperingkat sistem peperiksaan SMRA dan SMA. Natijahnya mulai 2003, para pelajar sekolah-sekolah Agama Negeri Johor akan menduduki peperiksaan seperti berikut:

·         Tingkatan 1        : Peperiksaan Intensif Bahasa
·         Tingkatan 2        : Peperiksaan SMRA
·         Tingkatan 3        : Peperiksaan PMR
·         Tingkatan 4        : Peperiksaan SMA
·         Tingkatan 5        : Peperiksaan SPM

Para pelajar di tingkatan 5 mempelajari sebahagian dari matapelajaran sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) sebagai persiapan ke Maahad disamping memberikan tumpuan kepada SPM. Mulai tahun 2002 SMAKT telah dipilih bagi melaksanakan kelas Tahfiz al-Quran yang di biayai oleh JAJ untuk pelajar tingkatan satu sebagai perintis.
Memandangkan pertambahan pengambilan pelajar setiap tahun menjadi bertambah pesat, sebuah bangunan asrama tiga tingkat telah dibina bagi menampung pelajar dari luar daerah yang datang belajar di sekolah ini.
Bangunan ini telah siap dibina sepenuhnya pada pertengahan tahun 1999. Bangunan tersebut adalah dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Arab Kota Tinggi telah mendapat  “ Anugerah Kecemerlangan Sekolah Peringkat Negeri Johor” sempena Hari Guru sekolah-sekolah Agama Negeri Johor pada tahun2000 dan seterusnya ditukar kepada nama Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi. Pada tahun 2004 sekolah ini juga telah dianugerahkan Sekolah Cemerlang, PIBG Cemerlang peringkat Daerah Kota Tinggi manakala peringkat negeri dianugerahkan Sekolah harapan. Pada tahun 2002 juga SMAKT telah terpilih di antara 20 buah sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor untuk melaksanakan kelas Pengajian Tahfiz al-Quran yang dianjurkan oleh Jabatan agama Islam Negeri Johor. Kini SMAKT telah berusia lebih 20 tahun dengan bilangan pelajar seramai 430 orang dan guru seramai 29 orang yang terdiri daripada dua bidang iaitu akademik dan arab. Guru-gurunya pula terdiri dari mereka yang berkelulusan ijazah tempatan dan juga luar negeri. Banyak yang berlaku  dalam tempoh 20 tahun ini terutama dari segi kurikulum,ko-kurikulum dan perubahan dari segi Pengajaran dan Pembelajaran sealiran dengan pembaharuan yang telah dibawa oleh golongan pendidik di sekolah ini. Jika dahulu dikatakan sekolah ini sering tercicir tetapi kini sekolah ini sudah setanding dengan sekolah di bawah kementerian Pendidikan. Kini Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi telah melahirkan ramai graduan yang berjaya di universiti-universiti tempatan dan luar negeri dalam bidang agama dan akademik.
Walaupun berteraskan Pengajian Agama dan Bahasa Arab sebagai matlamat pendidkan, namun kurikulum dan ko-kurikulum peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tetap merupakan asas dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah ini. Bagi memartabatkan kegiatan sukan dan ilmiah di peringkat sekolah zon ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan, pihak Jabatan Agama Islam Negeri  Johor telah mengadakan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (MASISSUMA) zon Selatan bagi negeri Pahang, Johor, Melaka, Selangor, negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. Masissuma kali pertama telah diadakan di Negeri Pahang pada tahun 2003 dan pada tahun 2004 Negeri Melaka menjadi tuan rumah.
Permintaan terhadap produk berkualiti dilengkapi dengan kemahiran perkomputeran di alaf siber ini membuatkan pihak pentadbiran seperti jabatan Agama Islam Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor mempruntukan keperluan peralatan dan tenaga pelajar yang berkualiti bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Bahkan guru-guru juga diberikan peluang untuk mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia(KDC) dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah(KPLI) bahagian pendidikan tajaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Sedikit demi sedikit pembangunan dapat dicapai walaupun memakan masa yang agak panjang. Peruntukan kewangan merupakan halangan utama dalam usaha pembangunan. Namun begitu, hari ini SMAKT boleh berbangga kerana telah mendapat pengiktirafan daripada jabatan pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah Swasta Bantuan Kerajaan.


Struktur Bangunan
Kemudahan bangunan yang terdapat di SMAKT ini :
a)      Bilik Kuliah (Kelas)
·         13 kelas bagi pengajaran dan pembelajaran ( Timgkatan 1 hingga 5)
·         1 kelas (bilik khas) pengajian Tahfiz al-Quran

b)      Kemudahan pengajaran dan pembelajaran:
·         Bilik multimedia
·         Perpustakaan
·         Bilik buku teks
·         Bilik kaunseling
·         Bilik unit peperiksaan (UPP)
·         Makmal sains
·         Bengkel KHB
·         Stor pekerja
·         Bilik rawatan
·         Sekolah surau

c)       Bangunan dan kemudahan asrama
·         Sebuah bangunan 3 tingkat bagi asrama puteri
·         Sebuah bangunan 2 tingkat bagi asrama putera
·         Sebuah bangunan dewan makan asrama
·         Surau asrama
·         Pondok rehat
·         Bilik gerakan asrama



d)      Bahagian pengurusan dan pentadbiran
·         Pejabat pentadbiran
·         Bilik Pengetua
·         Bilik Penolong Kanan 1
·         Bilik Penolong Kanan HEM
·         Stor dan alatan

e)      Kemudahan lain:
·         Kantin sekolah
·         2 blok rumah guru (4 unit rumah)
·         Pondok rehat
·         Padang permainan